UMNO ditubuhkan untuk mempertahan hak bangsa Melayu sejak sekian lama.
Pernahkah kita terfikir, andai hilangnya satu rumpun ini, apa yang akan berlaku kepada bangsa kita? Selain pertubuhan ini, kumpulan Melayu manakah yang mampu bersatu di bawah satu badan?
Berhenti menuding jari terhadap kesalahan-kesalahan individu. Sememangnya setiap daripada kita mempunyai kekurangan. Namun, bersama, kita mampu berdiri lebih teguh. Bersama, kita mampu perbetulkan keadaan.
Lihatlah wahai sekalian Melayu, selain UMNO, orang Melayu berpecah belah ke dalam kumpulan-kumpulan minoriti, tiada yang memegang tampuk kepimpinan yang utuh.
Andai kata satu kumpulan lain menerajui kepimpinan negara kita, adakah kita pasti bahawa bangsa Melayu akan tetap berkuasa? Sekiranya tidak, jangan bermimpi duduk di kerusi, tetapi hanya di lantai rumah sendiri.
Maka tanpa kekuatan Melayu, ke mana akan hanyutnya Islam, agama tercinta?
Bukalah minda dan fikirlah beberapa langkah lebih maju. Kita bukan lagi bersendirian di tanah ini, wahai bangsaku.
Bukalah minda dan fikirlah beberapa langkah lebih maju. Kita bukan lagi bersendirian di tanah ini, wahai bangsaku.
No comments:
Post a Comment